0
Kejarlah Lailatul Qadar
Posted by Shabab Hebat
on
23:46
Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (al-Bukhari) |
Lailatul Qadar (Arab: لیلة القدر) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Ayat al-Qur'an yang pertama dipercayai diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur'an dalamsurah Al-Qadr, dan diceritakan lebih baik daripada seribu bulan.
Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.
Jadi, carilah Lailatul Qadar. Lakukannya kerana Allah di bulan Ramadan ini.
Post a Comment